Safiyyah

Situs: liriknasyid.com
Munsyid: Darwish feat Fareast
Di Uhud itu kau laksana singa yang garang
Menerjah berani ke medan perang
Kau bukti mujahidah nan waja
Berjuang demi Allah dan RasulNya

Kelibat pedang mu sungguh menggerunkan
Menyambar bagaikan kilat yang memancar
Kemenangan musuh kau calarkan
Kau wanita pertama membunuh kesyirikan

Walau di hati mu ada gundah
Tapi kau sembunyikan dengan tabah
Melihat jasad Hamzah yang dirobekkan
Kau relakan segunung kesedihan
Demi tersebarnya lautan keimanan

Oh Safiyyah
Keayuan mu pada ketabahan
Keindahan mu pada keberanian
Kaulah lambang mujahidah berkalung pedang!

Oh Safiyyah
Kaulah citra mujahidah sejati
Gerak hati mu umpama angin
Buat teman kau menjadi bayu yang membelai
Buat musuh kau menjadi badai yang menghancurkan


Artis: Darwish feat Fareast
Lagu: Frizdan
Lirik: Ustaz Pahrol Md Juoi
Terbitan: FMC Music Sdn Bhd
Pengirim : FMC Music
19/05/2019   ambil lirik   4770 klik