Jangan Tinggalkan Aku Tuhan

Situs: liriknasyid.com
Album: GH
Munsyid: Generasi Harapan
Kalau Engkau tinggalkan aku Tuhan
Apalah erti hidup ini
Jika Engkau biarkan aku Tuhan
Segala yang ada tidak ada erti
Apalah erti hidup, tanpa-Mu Tuhan
Aku memerlukan-Mu

Kalau Engkau tinggalkan aku Tuhan
Apalah erti hidup ini
Jika Engkau biarkan aku Tuhan
Segala yang ada tidak ada erti
Apalah erti hidup, tanpa-Mu Tuhan
Aku memerlukan-Mu

Jika Engkau pimpin aku
Segala yang ada mempunyai makna
Setiap milikanku mempunyai erti
Kalau tidak memiliki apa-apa
pun, masih mempunyai
Kalau tidak memiliki apa-apa
pun, masih mempunyai


Begitulah besarnya erti hidup ini
bersama-Mu Bahagialah hati,
cerialah muka walaupun papa
Kalau hidup ini tidak bersama-Mu
Hilanglah bahagia, ceria tiada,
walaupun berkuasa dan kaya

Betapalah kalau miskin dan papa
Bertambah malang bahkan celaka
Betapalah kalau miskin dan papa
Bertambah malang bahkan celaka
Engkau adalah keperluan
di dalam kehidupan

Engkau adalah cahaya menyuluh harapan
Engkau adalah diperlukan di
dalam sebarang hal dan keadaan
Engkau adalah segala-galanya
Engkau adalah segala-galanya

Jangan tinggalkan aku Tuhan!
Jangan biarkan aku Tuhan
Itulah harapanku pada-Mu
Dengan rahmat-Mu
Tuhan, harap tunaikan
Tuhan,...harap,...
harap...tunaikan
Pengirim : ahmad
04/01/2019   ambil lirik   2272 klik

Nasyid yang mungkin berhubungan:...
Rintihan Ramadhan Ad-dhuha (waktu Dhuha) Merdeka Rasa Bertuhan Malaysia Indah