Adiwiraku (Malay Version)

Situs: liriknasyid.com
Munsyid: Munsyid Malaysia
Adiwiraku

Terbit purnama bersinar cahaya
Wajah berseri gambaran di syurga
Disambut hadirnya dengan ria
Menghampar rahmat ke seluruh buana

Terbelah bulan di hujung jari
Mukjizat kurnia ilahi
Mengangkat hijab tuntutan syafaat
Meringankan azab akhirat

يا رسول الله محمد خاتم الأنبياء
يا حبيب الله صلوات الله سلام الله عليك

Engkau mentari engkau purnama
Engkau cahaya di atas cahaya
Engkau rahsia hidup sejahtera
Engkau lentera penerang di jiwa

Duhai kekasih duhai Muhammad
Kau penyeri alam sejagat
Engkau disanjung dan dimuliakan
Engkau imam dua kiblat

يا رسول الله محمد خاتم الأنبياء
يا حبيب الله صلوات الله سلام الله عليك

Kau adiwira penyelamat dunia akhirat
Jasa dan pengorbananmu tiada tara
Kau dicela kau tetap gemilang cahaya

يا رسول الله محمد خاتم الأنبياء

يا رسول الله محمد خاتم الأنبياء
يا حبيب الله صلوات الله سلام الله عليك

صلى الله على محمد
صلى الله عليه وسلم 3X

Lirik :Ito Lara
Lagu : Imtiaz Simfoni
Pengirim : Ahmad Ifham
15/12/2018   ambil lirik   1690 klik

Nasyid yang mungkin berhubungan:...
Selamatkan Akidah