Mengalir Ke Syurga

Situs: liriknasyid.com
Munsyid: SIMFONI
Telah lama dibelenggu,
Gelap malam tak bercahaya,
Menangis dalam sendu yang terhiba.

Tangan kecil calar luka,
Gelora yang tak berhenti,
Menggapai mimpi sepi yang melara.

Bebanan yang ditanggung,
Sedih yang menggunung,
Deraikan air mata.

Insan hulurkan doamu dalam tahajjudmu,
Curah rasa pada Maha Esa,
Damai yang kita damba moga dikabulkan,
Mengalir tenang hingga ke SyurgaNya.

Hidup ini sementara,
Berbaktilah sepenuhnya,
Sekecil doa tetap kan bermakna.

Lirik : Fedtri Yahya
Lagu : Imtiaz Simfoni
Artis : Simfoni & Heliza Helmi
Pengirim : peminat
31/07/2017   ambil lirik   2142 klik

Nasyid yang mungkin berhubungan:...
Zikir Kasihmu Ayah Ibu Hakikat Cinta Law Kaana Bainana Insan Terulung