besok sekolah

Situs: liriknasyid.com
Album: CINTA SENDAYAN
Munsyid: qatrunnada
Duit sangat terhad
boleh beli cuka
Hari ini hari Ahad
sekolah mula di buka

Kalau pergi tangkap belut
janganlah terlalu lama
hari ini sangatlah kalut
hantar anak balik asrama

Masak gulai bawal
jamu pesakit lelah
malam ini tidur awal
esok nak pergi sekolah

Lembu tarik pedati
bawa kayu belah
besok ayah cuti
hantar anak sekolah

Pak Dolah asah parang
asah parang dua bilah
ibu bapa sangat girang
anak sulong masuk sekolah

Tanam pokok ganja
polis datang cekup
anak jangan dimanja
bagi duit cukup-cukup

Tak jadi pergi berkelah
air laut pasang besar
ibu bapa pergi sekolah
dengar taklimat Guru Besar

Bila tiba waktu beranak
tak boleh lagi ditangguh
kepada semua anak- anak
belajar dengan sungguh- sungguh

Mengai udang galah,
Simpan umpan dalam celpa,
Pagi pi belajar disekolah,
Petang jangan lupa pi kelas KAFA.

Beli roti di kedai haris
Makan bersama anak pak dolah
Cuti sebulan sudah habis
Esok kena pergi sekolah....
Pengirim : Darda' Hasyim
Sumber: http://sendayan Aft studio
18/04/2016   ambil lirik   2487 klik