SUARAMU DAKWAHKU

Situs: liriknasyid.com
Album: KPM
Munsyid: KPM
(Alunan Qasidah)
Al-Quran dan sunnah
Panduan hidup sepanjang zaman
Tunaikan suruhanNya
Agar hidup bahagia selamanya

Lafazkan bait-bait indah berhikmah
Alunkan nada-nada merdu suara
Sampaikanlah maksud pesanan dan dakwah
Demi membangunkan anak-anak bangsa

Didik dan hibur satu wasilah
Berpesan pesan sesama kita
Nasyid dinobatkan sebagai dakwah
Mendidik jiwa insan dibina

c/o
Al-Quran dan Sunnah jadi panduan
Bimbingan hidup sepanjang zaman
Sampaikan pesanan suruhan Tuhan
Agar hidup tenteram dan aman

Mari generasi ku julang akhlakmu
Mari semua wargaku tuntutlah ilmu
Kita bergandingan tangan dan bersatu
Sempurnakan usaha tingkatkan mutu

Medan pendidikan kita perhebat
Mengalun suara ilmu disirat
Tarbiah ummah saling dipergiat
Negara maju teras muafakat


Susunan lagu dan lirik oleh:
Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia
NOTA:
Sususan vokal solo dan vokal harmoni adalah berdasarkan
kreativiti kumpulan masing-masing tanpa
mengubah melodi asal.
Alunan Qasidah boleh diubah
mengikut kreativiti kumpulan
dan bebas menggunakan apa
jua unsur tarannum
Pengirim : Hafiz Saufee
11/03/2016   ambil lirik   4576 klik