Kasihmu Ayah Ibu

Situs: liriknasyid.com
Album: Mencari Cinta Hakiki
Munsyid: SIMFONI
Embun pagi membasahi bumi,
Ayah dan ibu keluar mencari rezeki,
Namun aku masih dalam duniaku,
Masih alpa dengan illusi sendiri.

Duhai ayahku pengorbananmu menggunung tinggi,
Tak mengenal erti penat lelahmu selama ini,
Memberikan daku dengan didikan agama,
Membimbing keluarga menuju jalan ke syurga.

Aku ingin lari dari dunia khayalanku,
Ku ingin berbakti padamu ayah ibu,
Akanku patuhi segala suruhan,
Takkan ku mungkiri kata-katamua.

Kasih sayang ibu tiada tandingannya,
Membesarkan daku moga menjadi insan berguna,
Kasihmu oh ibu terpahat di dalam jiwa,
Akanku jagamu hingga ke akhir usia.

Kini aku telah sedari,
Keredhaan Allah terletak pada ayah ibu,
Berbaktilah kita selagi mereka bersama,
Berdoalah kita untuk kebahagiaan di sana.

Oh Tuhan tetapkanlah kebahagiaan,
Kurniakanlah kami keluarga yang beriman,
Tetapkanlah hati kami di jalan redhaMu,
Agar sentiasa dalam maghfirah,
Pelihara kami di dunia dan akhirat
Pengirim : Imtiaz SIMFONI
04/01/2016   ambil lirik   3771 klik

Nasyid yang mungkin berhubungan:...
Law Kaana Bainana Insan Terulung Sinar Keinsafan