Hakikat Cinta

Situs: liriknasyid.com
Album: Mencari Cinta Hakiki
Munsyid: SIMFONI
Gemersik suara hati penuh keriangan,
Merenung diri sendiri di penjuru zaman,
Dambaan rindu kekasih tanpa bersempadan,
Walau sedetik waktu bagaikan berpanjangan.

Lautan terbentang luas bagai tiada tepinya,
Burung-burung berterbangan bebas di angkasa,
Indahnya ciptaan Tuhan, tiada tandingan,
Kasih sayang darimu Tuhan, untuk setiap insan.

Cinta yang engkau curahkan seperti air hujan,
Jatuh membasahi diri tidakkan kekeringan,
Tanpa kasih yang abadi tidakkan berkekalan,
Hanya kasihkan Ilahi, jadikan impian.

*korus
Cinta pada manusia hanyalah sementara,
Cinta pada dunia kelakkan binasa,
Cinta pada Yang Esa,
Hanya Dia yang kekal selamanya.

Janganlah kau terpedaya dengan cinta dunia,
Kerna ianya bisa membutakan kita,
Wujudnya cinta itu bukan dari kita,
Tetapi datangnya dari Yang Maha Esa..

*korus

Hati resah bila tiada kasih sayang antara kita,
Hati tenang dengan kasih sayangMu..
Moga bersemi selalu..
Pengirim : SIMFONI
04/03/2015   ambil lirik   18408 klik

Nasyid yang mungkin berhubungan:...
Mencari Keampunan Ilahi Zikir Law Kaana Bainana Insan Terulung Kasihmu Ayah Ibu