Percaya

Situs: liriknasyid.com
Munsyid: Nizam Omar
Katalah apa saja yang mahu kau katakan
Cuba merendahkan ku
Sindiranmu hanya angin lalu

Buatlah apa saja
Walaupun ku terluka
Cuba melemahkanku
Akhirnya kau akan tahu
Sememangnya ku bukan begitu

Kerna aku percaya pada mimpiku
Dan Tuhanku sentiasa bersamaku
Engkau takkan mampu meruntuhkan keyakinanku
Ku tak perlukanmu

Sebarlah apa saja
Cerita yang kau cipta
Tagih simpati dunia
Akhir semuanya kan tahu siapa kau yg sebenar

Kau pasti kan mengalah
Kerna kau tak ku endah
Untuk terus melangkah
Ku terus melangkah

Hanyalah pada Tuhan
Ku mohon kekuatan
Untuk terus bertahan

'Percaya - Nizam omar'
Lagu/lirik - Bazli UNIC
Pengirim : Pelita Cahaya
06/01/2015   ambil lirik   1324 klik