Satu perjuangan

Situs: liriknasyid.com
Munsyid: Nidaul Iman
Perjuangan kehidupan,
Dan memaafi kesabaran,
Membakar bara perjuangan,
Menyubur sejuta harapan,
Titian jalanan ini,
Menempuh ranjau perjalanan
Mengharungi ranjau penuh kepalsuan.

Walaupun bara api,
Kan terpaksa aku genggami,
Walaupun lautan api,
Kan terpaksa aku renangi,
Kejayaanlah harapan,
Puncak jaya ku citakan,
Semoga syahidmu didalam genggaman.

Pengorbanan juga dengan ketabahan,
Akan ku bekalkan dalam perjuangan ini,
Walau berjambak rintangan mendatang,
Akan ku tuju dengan penuh keyakinan,
Kan ku berusaha menyahut seruanmu,
Walau ranjau berduri akan menghadang.

Kumenagih untaian doa restumu,
Agar dewasaku kan mencorakkan dunia,
Kanku berusaha menyahut seruanmu,
Walau ranjau berduri akan menghalang.

Semoga disinari dengan cahaya hidayahmu,
Untuk terus berbakti,
Dalam jihad diri ini,
Semoga usaha ini,
Kan membawa makna dihati,
Inilah tafsiran satu perjuangan...
Pengirim : Muhammad Qiwamuddin
10/10/2014   ambil lirik   3463 klik

Nasyid yang mungkin berhubungan:...
Pelahir Generasi Mahad Darul Quran Allahu Rab'bi