Bersyukur

Situs: liriknasyid.com
Album: Nur Irsyad
Munsyid: Nur Irsyad
Tuhan telah ciptakan
Seluruh alam yang berguna
Untuk kita di dunia
Melihat ciptaan Nya

Tuhan telah berikan
Rezeki yang berguna
Kepada hamba-hamba
Di dunia dan di mana-mana

Bersyukur kita pada Nya
Yang Maha berkuasa
Ingati Nya setiap masa
Janganlah kita lupa

Wahai insan semua dengarlah
Taatilah semua perintah
Ikutilah segala ajaran Nya
Yang amat suci dan nyata

Wahai insan semua tinggalkan
Segala maksiat yang ada
Tanamilah semangat diri kita
Untuk bertaqwa

Bersyukurlah pada Maha Esa
Jangan lupakan Nya
Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Oh insan bersyukurlah

Senikata & Lagu : Norfairul Abd Sahar

Bersyukur adalah sebuah lagu yang telah dicipta oleh Fai. Mengucapkan syukur merupakan tanda terima kasih kita kepada Tuhan atas segala nikmat yang diberi tanpa mengira siapa hambaNya. Dengan mentaati segala suruhan Nya dan menjauhi segala larangan Nya, juga adalah suatu tanda kesyukuran. Dari itu tingkatkanlah taqwa kita dengan sebenar-benar taqwa.
Pengirim : Admin
Sumber: http://www.nurirsyad.com
02/12/2004   ambil lirik   3315 klik

Nasyid yang mungkin berhubungan:...
Senandung Al Fatihah Dunia Persinggahan Kita Rintihan Remaja Jejak Uhud