Rintihan Remaja

Situs: liriknasyid.com
Album: Nur Irsyad
Munsyid: Nur Irsyad
Teringat semasa usia ku kecil belajar
Ku riang gembira tidak sabar pulang ke rumah
Dakap ibu ayah tunjuk kertas kerja
Gembira bila dipuji mereka
Sentiasa ceria bagaikan dunia
Akan begitu selamanya

Sekarang berbeza usia ku kini remaja
Ku punya cita rasa
Lebih suka bersembang di rumah
Tiada teman-teman akan kesunyian
Hanyalah hiburan jadi gantian
Tiada kedengaran nasihat teguran
Adab kesopanan keterlanjuran
Oh ku rindukan oh kemesraan
Masih adakah perasaan?
Oh ayah ibu dengar rintihan ku
Bolehkah seperti dahulu?
Oh dakapan mu ku dahagakan
Bahagia kita bersama
Oh ya Tuhanku kebesaran Mu
Segala puji untuk Mu

Ayuhlah bersama teman kita perbetulkan
Eratkan pertalian diri dengan ayah dan ibu
Dengan azam yang kukuh dan semangat yang jitu
Setiap usaha kan berjaya
Doa dipohonkan diri dirapatkan
Dengan Tuhan Maha Pencipta

Senikata & Lagu : Sha'aban Yahya

Pastinya setiap anak kecil rasa gembira dengan kasih sayang serta perihatin yang dicurahkan oleh ibubapa semasa kecil. Setelah menjangkau usia remaja, mereka rasa bagaikan tidak perlu itu semua tetapi sebaliknya. Mereka akan rasa kehilangan sesuatu yang pernah mereka rasai. Hati kecil anak-anak remaja ini merintih dahagakan belaian yang pernah mereka rasai dahulu. Ayuh gunakan kesempatan yang masih ada untuk bermesra dan berkasih sayang dengan ibubapa.
Pengirim : Admin
Sumber: http://www.nurirsyad.com
02/12/2004   ambil lirik   4508 klik

Nasyid yang mungkin berhubungan:...
Senandung Al Fatihah Dunia Persinggahan Kita Bersyukur Jejak Uhud