Inspirasi

Situs: liriknasyid.com
Album: Inspirasi
Munsyid: Rast
Perjalananmu masih jauh
Sayup beribu batu
Dari mula kau impikan
Gapai cita nan satu

Manapun arah yang dituju
Bermula dari satu
Aturkan langkah usah ragu
Semoga diberkati

Bersedia seawal waktu
Usah kau bertaut
Tumpuan dan kesungguhan
Impian kan nyata akhirnya

Dugaan mengajar kita
Erti ketabahan
Cabaran menempuh jiwa
Singkir keraguan di minda

Usaha tangga kejayaan
Usah kau lupakan
Hingga mencapai puncak jaya
Dan titis pengorbanan
Dalam perjuangan
Jadikannya satu inspirasi
Pengirim : Juwairiyah
06/10/2004   ambil lirik   7136 klik

Nasyid yang mungkin berhubungan:...
Titian Kejayaan Setelah Ku Dipaling Hujan Gerimis Masih Ada Waktu Maafkan Diriku