Dunia Penipu

Situs: liriknasyid.com
Album: Tafakur
Munsyid: Zikraa
Cantikmu palsu melalai leka
Hartamu sering jadi pemusnah
Pangkat darjat yang menipu daya
Semua dikejar tiada hujungnya

Tiada kehidupan di dunia
Hanyalah tipu daya semata
Siapa mudah lalai dan leka
Pastilah terkena jeratnya

Ramai manusia kalah pada tipuan dunia
Yang selamat yang kuat
Pegangannya agamanya
Sifat taqwa penyubur benih iman di jiwa
Ingat mati akhirat dicinta
Itulah senjata ampuh melawannya

Boleh saja kau pegang di tangan
Tapi sekali di hati jangan
Sudah kau miliki kau syukuri
Pada yang perlu kau memberi

Lagu : Kamal Halim
Lirik : Monaz
Solo : Hasnol Jamal
Hakcipta : Marzuq Prod.
Pengirim : Asyraff Hafdzan
02/09/2004   ambil lirik   5168 klik

Nasyid yang mungkin berhubungan:...
Kasih Ibu Bapa Salam Buat Teman Tafakur Kalau Tak Sembahyang Manusia Perlu Tuhannya