Salam Buat Teman

Situs: liriknasyid.com
Album: Tafakur
Munsyid: Zikraa
Assalamualaikum salam sejahtera
Buat teman-teman moga tenang bahagia
Rahmat dan berkat moga dilimpahkan
Dunia akhirat diredhai Tuhan

Buat teman-teman Islam agama Allah
Kami mengucapkan selamat sejahtera
Moga dikekalkan taufiq dan hidayah
Dalam perjuangan mulia

Memang onak duri lumrah persada diri
Harga cinta suci pengorbanan ini
Pegang pada janji akhirat yang abadi
Syurga Tuhan sedia menanti

Agar tidak lupa janji-janji Tuhan
Hamba yang bertaqwa diberi bantuan
Tingkatkan usaha dalam perjuangan
Imanlah senjata syarat pembelaan

Maju jangan mundur apa jua rintangan
Tuhan yang melihat dengan kasih sayang
Tanamp ohon budi buahnya bawa mati
Negara yang kekal abadi

Selawat dan salam buat Nabi Junjungan
Berkat dan budi Tuan kami kenali Islam
Hanya pada Tuhan doa dan harapan
Semua mendapat kejayaan

Lagu : Kamal Halim
Lirik : Kamal Halim
Solo : Hasnol Jamal
Hakcipta : Marzuq Prod.
Pengirim : Asyraff Hafdzan
02/09/2004   ambil lirik   6688 klik

Nasyid yang mungkin berhubungan:...
Kasih Ibu Bapa Tafakur Dunia Penipu Kalau Tak Sembahyang Manusia Perlu Tuhannya