Kawan

Situs: liriknasyid.com
Album: Kasih Ibu Bapa
Munsyid: The Zikr
Kawan apalah yang kau kesalkan
Kerana Tuhan kehilangan kawan
Kerana kebenaran dihina
Jangan kau ragu dalam perjuangan

Kadang-kadang kawan jadi lawan
Kadang-kadang lawan jadi kawan
Apalah disedihkan hati
Para pejuang selalu kekurangan

Jangan sedih selalu tersisih
Bukan kau saja ditimpa malang
Lihatlah para Rasul mulia
Lebih terseksa dan menderita
Tetapi mereka merasai ramai
Walaupun keseorangan

Mereka memadai dengan Tuhannya
Itulah kebahagiaan
Di waktu sempit seorang diri
Kawan apalah disedihkan hati
----------------------------------------------------
Sejarah Lagu
*Lagu ini pernah dinyanyikan oleh kumpulan The Zikr dalam album pertama berjudul 'Kenangan'
*Pada masa itu, Allahyarham Salleh masih menganggotai kumpulan tersebut.
*Dinyanyikan semula oleh Hijjaz dalam Pelita Hidup III
Pengirim : Asyraff Hafdzan
02/09/2004   ambil lirik   9996 klik

Nasyid yang mungkin berhubungan:...
Tak Seindah Sentuhan Mata Rasulullah Kasih Mesra Skesta Hidup Istri Sholehah