Jangan Lupa Sembahyang

Situs: liriknasyid.com
Album: Kalimah Cinta
Munsyid: Aeman
Wahai adik yang ku cinta
Adik-adikku sayang
Dengar nasihat abang
Jangan lupa pergi sembahyang
Dengarlah nasihat abang
Jangan cuba tingga sembahyang

Dengar-dengarlah adikku
Pesanan dari abangmu
Jadilah insan berguna
Insyaallah kan bahagia

Dengar-dengarlah adikku
Pesanan dari abangmu
Kau umpama permata
Menyinari keluarga

Wahai adik yang kucinta
Adik-adikku sayang
Dengar nasihat abang
Mari kita pergi sembahyang
Dengarlah nasihat abang
Nanti kita Tuhan sayang

Sembahyang itu tiang agama
Wajiblah kita menunaikannya
Janganlah leka janganlah lupa
Kelak kan kita akan ditanya

Sembahyang itu mengajar kita
Taati segala suruhan-Nya
Dengan sembahyang terdidiklah kita
Akhlak mulia itulah buahnya

Senilagu: Faizal Osman (Hijjaz Records)
Senikata : Faizal Osman (Hijjaz Records)
31/08/2004   ambil lirik   19627 klik

Nasyid yang mungkin berhubungan:...
Anak Soleh Buatmu Ibu Ucapan Salam Bersyukur Alif Ba Ta