Perpaduan

Situs: liriknasyid.com
Album: Gema Perjuangan
Munsyid: Shoutul Amal
Perpaduan itu yang dicitakan
Dipupuk diamal ianya kewajipan
Perpecahan dielak dijauhkan
Semai kasih sayang tanam persaudaraan

Tapi perpaduan tersalah disandar
Lantaran jahil menghijab sang akal
Lalu hancur punahlah perpaduan
Ummah lebur kerana pertikaian
Kejahilan racun perpaduan

Racun jangan dibiar
Bisa memudaratkan
Segera cari penawar
Merawat menyembuhkan
Jahil bisa menular
Membunuh perpaduan
Cari ajaran sebenar
Dalam didikan al-Quran

Hayatilah Islam janalah perpaduan
Kerana kejahilan punca perpecahan

Lirik:Mohd Firdaus Sahidin
Lagu:Megat MS/Mohd Firdaus Sahidin
Hakcipta: Lambaian Kasih Productions
Pengirim : Asyraff Hafdzan
01/09/2004   ambil lirik   16253 klik

Nasyid yang mungkin berhubungan:...
Analisa Janji Tuhan Pasti Berlaku Guruku Medley - Pesanan Nostalgia