Zayyan - Tasbih Persahabatan

Situs: liriknasyid.com
Album: Himpunan Bakat Nasyid Edisi 1
Munsyid: Zayyan
Persahabatan kian bercambah,
Dari lahirnya sebuah ukhuwah,
Syahadah ikatan meranting akidah,
Hingga berguguran dedaun gundah

Tika mendaki banjaran wawasan
Jatuh berparut luka kecewa
Kau membawa obor harapan
Bersama mengibar panji kejayaan

c/0
Ukhuwah ibarat seutas tasbih
Bersama walau mengharungi pedih
Pada Yang Maha Pengasih
Kita semua merintih

Janganlah dicantas dedaunan berkasih
Kerana kesetiaan telah terbenih
Pastikan dirahmati jalinan jernih

Persahabatan jangan disia
Kan menghapus indah nostalgia
Walaupun menginjak akhir usia
Pastikan mekar refflesia bahagia..

c/0
Ukhuwah ibarat seutas tasbih
Bersama walau mengharungi pedih
Pada Yang Maha Pengasih
Kita semua merintih

Janganlah dicantas dedaunan berkasih
Kerana kesetiaan telah terbenih
Pastikan dirahmati jalinan jernih

Bahtera kasih berlayar keimanan
Bayu syahdu menghembus kecintaan
Ombak memukul penuh kelembutan
Begitulah indahnya persahabatan
Mewarnai kehidupan insan
kerana itulah tuntutan Ar-Rahman
kerana itulah tuntutan Ar-Rahman

Lagu : Bazli UNIC
Lirik : Azid Azidee (Azid Zayyan)
Munsyid : Zayyan
Pengirim : Shahila Borhan
02/01/2013   ambil lirik   6972 klik

Nasyid yang mungkin berhubungan:...
Ku Insafi Kerana Ku Cinta Ku Insafi