Di Kala Malam
Situs: liriknasyid.com
Album: Terlerai Kabus Di Terbit Fajar
Munsyid: Nahwan Nur
wait ...
Di kala malam berlabuh sepi
Tika sang suria menjelma di pagi hari
laluku teringat Rasulullah
Betapa susah dan payahnya
Berjuang menegakkan Islam yang tercinta
Rasulullah
Hadirmu membawa sinar gemilang
menerangi umat dalam kegelapan
Memimpin arah jalan kebenaran
Mengenalkan kepada-Mu Tuhan
Insan mulia di sepanjang zaman
Membawa rahmat seluruh alam
Bagai bumi yang tandus kontang
Subur dan gembur disirami hujan
Rasulullah
Walau kita tiada pernah bersama
Namun kasih dan rindu kami
Mengharum mekar mewangi
Tetap utuh dan abadi
Rasulullah
Ibarat purnama menerangi buana
Indah cahaya bersama bintangnya
Para sahabat penolong setia
Kerana Allah matlamat utama
Jejak perjuangan dan pengorbananmu
Umpama dian menyinari malam
Membiar diri derita terseksa
Agar Islam kan terus terbela
Lirik: Norfizam Said
Lagu: Mohd Qhalid Abd Hafiz
Solo: Mohd Qhalid Abd Hafiz
Pengirim : Asyraff Hafdzan
Nasyid yang mungkin berhubungan:...
Ya Rabbibil Mustafa
Ceria Di Aidil Fitri
Zikir 1
Mutiara Kasih
Manis