Didiklah Anak Bersama Tuhan

Situs: liriknasyid.com
Album: Didiklah Anak Bersama Tuhan
Munsyid: Qaniah Nizamuddin
Seorang ibu seorang bapa
Menyesali diri anaknya
Anak yang dididik semenjak kecil
Kini lupa dan derhaka padanya

Sewaktu kecil dibelai dan dijaga
Semut seekor tidak menghampirinya
Malam berjaga menyusukan anaknya
Rela berkorban apa sahaja

Kemahuan dituruti sakitnya diubati
Sebelum sembuh gelisah derita
Anak ditatang bagai minyak yang penuh
Kasih sayang dicurah sepenuh hati

Hinggalah anaknya berjaya taraf cemerlang
Siapakah ibu yang tidak gembira
Melihat anaknya mendapat kejayaan
berjawatan tinggi dan bergaji besar

Tapi malang sekali setelah dewasa
Anaknya derhaka kepada ibubapanya
Anak yang dididik semenjak kecil
Memburu dunia nama dan glamour

Hasil didikan tanpa Tuhan senjata makan tuan
Insaflah wahai ibu dan bapa
Didiklah anak bersama Tuhan
Tuhan penentu seseorang mengenang budi ibubapa

Didiklah anak bersama Tuhan
Tuhanlah penentu segala-galanya

Pengirim : Nailah Faraisha
06/07/2010   ambil lirik   6687 klik