Kembara

Situs: liriknasyid.com
Album: G.E.N.E.R.A.T.I.O.N.S
Munsyid: Mirwana
Dalam perjalanan
Menuju destinasi pasti
Ada yang sedar
Ada yang masih kebingungan

Ada pelbagai rintangan
Dan persimpangan pastikan
Tidak akan tersilap
Dalam memilih haluan

Andai tersilap langkah
Pulang segera ke pangkalnya
Jika kau teruskan jua
Nanti kau sesat dan merana

Tika itu
Tak mungkin kembali
Untuk mengulangi perjalanan
Dan engkau pun menyesal
Dan menangis keseorangan

Inilah
Kembara kita
Di dalam perjalanan

Perjalanan
Yang menjanjikan
Sengsara dan kemenangan

Perjalanan kita ini
Menuju ke alam akhirat
Telah dimaklumkan
Dan dijelaskan
Dalam Al-Quran

Bawa bersamamu bekalan
Pahala dari amalan semoga
Dirimu dihindarkan dari azab neraka

Di sana kita dihimpunkan
Di hadapan Allah Yang Esa
Tiada siapa yang dapat membantu
Kecuali amalan kita

Oleh itu berimanlah
Dan beramal di dunia
Kerana ia
Jambatan untuk ke sana

Song by Yasin
Lyric by Yasin
Produced by Yasin
Vocals by Afif, Fauzan, Yasin, Faiz
Pengirim : Asyraff Hafdzan
01/09/2004   ambil lirik   4965 klik

Nasyid yang mungkin berhubungan:...
Andai Aku Hikmah Kembara Terima Kasih Guru Khalifah Pertama Raudhah