Fikir

Situs: liriknasyid.com
Munsyid: Ar Raid
Renungi diri itu dalam cermin tafakur
Bukankah tuhan itu Maha Sempurna
Insafi diri itu dengan bersyukur
Tanpa rahmat-Nya kita tiada

Siapa kita untuk menderhaka?
Sedangkan kita tiada saham untuknya
Siapa kita untuk terus kufur?
Sedangkan tuhan murah nikmat-Nya

Namun masih ada yang leka
Seakan mencabar Yang Maha Kuasa
Tidakkah kita gerun neraka?
Azabnya tak tertanggung oleh kita yang lemah
Betapa beruntung orang yang bertaqwa

Mari bersama mengenal diri
Supaya dapat menginsafi
Menjadi hamba yang berperibadi
Mudah mudahan selamat di dunia akhirat
Buat mereka yang mahu berfikir
Pengirim : 'duat'
04/08/2006   ambil lirik   5618 klik

Nasyid yang mungkin berhubungan:...
Di Manakah Abi