Kasih Tuhan

Situs: liriknasyid.com
Album: Kembali Kepada Tuhan
Munsyid: Mawaddah
Marilah kepada-Ku wahai hamba-hamba-Ku
Bersegeralah pulang kepangkuan-Ku
Aku tetap menerimamu, percayalah pada-Ku
Kamu hamba ciptaan-Ku, lemah dan lalai adalah watakmu

Chorus: Marilah kepada-Ku
Wahai hamba-hamba-Ku
Bersegeralah pulang kepangkuan-Ku
Aku tetap menerimamu
Percayalah pada-Ku
Kamu hamba ciptaan-Ku
Lemah dan lalai adalah watakmu

Aku mahu akuilah kelemahan itu
Setiap kali bersalah kamu datang pada-Ku
Mengakulah bersalah menangislah didepan-Ku
Tanda penyesalan yang tidak sudah
Ketahuilah wahai hamba-Ku, rintihan orang yang berdosa
Lebih Aku cintai daripada tasbih para auliya
Jangan bertangguh-tangguh lagi

Chorus: Marilah kepada-Ku
Wahai hamba-hamba-Ku
Bersegeralah pulang kepangkuan-Ku
Aku tetap menerimamu
Percayalah pada-Ku
Kamu hamba ciptaan-Ku
Lemah dan lalai adalah watakmu

Siapalah yang tidak bersalah kamu adalah hamba
Aku suka orang yang mengaku salah, Aku cinta pada orang yang bertaubat
Wahai hamba-hamba-Ku,minta ampunlah kepada-Ku
Aku tetap menerimamu, bukankah aku Tuhanmu
Kasih-Ku kepadamu melebihi kasih ibu kepada anaknya

Chorus : Begitulah kehendak Allah kepada hamba-hambanya
Mengikut keterangan Al Quran dan As-Sunnah
Pengirim : Muhammad Hariz
01/09/2005   ambil lirik   8525 klik

Nasyid yang mungkin berhubungan:...
Baiknya Tuhan Rintihanku Nasib Bangsaku Hikmah Tsunami Ujian Penghapusan Dosa