Kita Berbeza

Situs: liriknasyid.com
Munsyid: Demascus
KITA BERBEZA
DEMASCUS

[RAP]
Jika Tuhan mahu Dia boleh cipta
Kita semua sama langsung
Tiada yang berbeza
Tapi sebaliknya dia ciptakan
Tiap manusia pelbagai perbezaan
Sebagai ujian buat kita semua
Tinggal kita cari
HIkmahnya di mana
Moga jumpa jalan
Sebenar untuk ke sana

Kita sering tak sama
Rupa paras minat citarasa
Tak serupa pemikiran
Banyak yang berbeza
Kau suka ini dan itu
Aku mahu begini begitu
Banyak sisi dalam hidup
Yang kita berbeza

Dan itu semua
Tak semesti bisa jadi
Konflik yang membarah
Jika kita bisa tuk memahami

[CHORUS]
Beza kita tuk melengkapi
Antara satu dan yang lain
Hidupmu lebih warna warni
Jika perbezaan kita hargai
Beza kita tuk melengkapi
Antara satu dan yang lain
Hidup berseri bak mentari
Jika kita semua bisa mengerti

Kita sering tak sama
Rupa paras minat citarasa
Tak serupa pemikiran
Banyak yang berbeza

[BRIDGE]
Dan bila diuji
Keteguhan kita miliki
Sejauh manakah
Kita sinergikan kepelbagaian

[chorus]

Lagu : Akmal Mirwana
Lirik : Edry Faizal
Pengirim : Asyraff Hafdzan Abdullah
11/12/2022   ambil lirik   555 klik

Nasyid yang mungkin berhubungan:...
Tidur Bangun Dengan Namamu Bacalah Bukti Cinta