Rindu Humaira

Situs: liriknasyid.com
Album: Single Album
Munsyid: Munif Hijjaz Ft Maliq Suhaimi
Tika hari itu gugur air mata di wajahmu
Hiba hati melepaskan dikau
bukan tidak rela
Hati seorang isteri
kerana cintanya pasti berduka
Hakikat semua hamba akur
dengan takdirNya

Jalan syurga menggamit

setia seorang isteri
Tiada lagi teman untuk menaburkan budi
Makam itu hanya jasad semadi
Tapi dian batin terus menyala
Pada sebuah amanah
di sisi sang isteri

Duhai srikandi cinta hati Rasul

yang teristimewa
Oh Aishah masih lara sepuhlah air mata
di usia muda

Terus melangkah ke jalan jihadmu

Yang pergi jasad bukan cita semangatmu
Citra mengimbau sejarah ‘si merah’
Ummahatul Mukminin
Oh Aisyah Humaira


Di awal usia kau menjadi
teman dan isteri
Rela berjuang bersama seorang nabi

Teman Rasul saat di hujung nyawa
Di ribamu itu kembali baginda
Suami tercinta pergi buat selamanya


Duhai srikandi cinta hati
Rasul yang teristimewa
Oh Aishah masih lara sepuhlah air mata
di usia muda

Terus melangkah ke jalan jihadmu

Yang pergi jasad bukan cita semangatmu
Citra mengimbau sejarah ‘si merah’
Ummahatul Mukminin

Oh Aisyah Humaira


Oh Aisyah Humaira

Oh Aisyah Humaira

Download the app
Pengirim : Rudi Abu Azka
25/11/2021   ambil lirik   1379 klik