Mahabbah Kasih

Situs: liriknasyid.com
Munsyid: Soul al-Ghamidi
MAHABBAH KASIH
Lagu & Lirik : Suffian Amrin
Penyanyi : Soul Al-Ghamidi

لا تحاسدوا
لا تناجشوا
لا تباغضوا
لا تدابروا

La tahasadu (Jangan saling berhasad dengki)
La tanajasyu (Jangan saling menipu)
La tabaghodu (Jangan saling membenci)
La tadabaru (Jangan saling memusuhi)

Ku takkan ku berdiri di sini
Ku berdiri seorang diri
Tanpa teman seperjuangan di sisi

Ku diajarkan bersatu hati
Kita kan saling melengkapi
Itulah ajaran Islam agama yang suci

*Chorus
Jadilah.. HambaNya yang bersaudara
Tiada.. Dendam hasad dan sengketa
Usahlah.. Mengata atau menghina
'Ibadullahi ihwana
Laksana.. Binaan teguh berdiri
Ukhwah.. Silaturrahim dipatri
Mahabbah.. Kasih kerana illahi
Membina negara mulia

Mengapa harus ada sengketa
Permusuhan kezaliman melata
Sedangkan kita berpijak di atas bumi yang sama

Dimana kita dimana semua
Saat saudara ditindas dihina
Kasihanilah.. Hulurkan tangan dalam kesatuan

لا تحاسدوا (La tahasadu)
لا تناجشوا (La tanajasyu)
لا تباغضوا (La tabaghodu)
لا تدابروا (La tadabaru)

Ulang Chorus *

Dan hapuslah semua prasangka
Di sisi Tuhan tiada beza
Melainkan iman dan taqwa
19/11/2021   ambil lirik   5815 klik