Hikmah Tsunami
Situs: liriknasyid.com
Album: Tsunami Pembawa Masej Dari Tuhan
Munsyid: Mawaddah
wait ...
Satu pengorbanan mangsa Tsunami
Terutama yang meninggal dunia
Demi sampai beralihnya
Peta dunia dan wajah manusia
Dari kegelapan dan kezaliman
Kepada cahaya kebenaran
Semuanya dikira cukup berjasa
Masakan Tuhan yang baik
Akan mensia-siakan
Pengorbanan dan kematian mereka
Diterima baik oleh Tuhan
Kini mereka bahagia
Bersama Tuhan di sana
Mati lemas mati dihempap
Di sisi Tuhan adalah syahid
Bunyinya azab hasilnya indah
Tuhan lakukan ujian itu
Sebagai pengampunan dosa
Kematian mereka berjasa
Menukar dunia yang berdosa
Kepada dunia yang sejahtera
Ertinya semua tangisan itu
Tangisan kegembiraan
Lalu apalagi, mahu dikesalkan dan disedihkan
Melainkan menunggu khabar gembira
Yang pasti tiba, marilah bertaqwa kepada Tuhan
Yang punya segala-galanya ) 2x
(ulang rangkap 3)
Nasyid yang mungkin berhubungan:...
Baiknya Tuhan
Rintihanku
Nasib Bangsaku
Hikmah Tsunami
Ujian Penghapusan Dosa