Oh indahnya apabila masyarakat begini
semua orang merendah diri kasih sayang jadi budaya
penduduknya sangat pemurah sekalipun yang miskin
tiada jurang antara kita boleh duduk berdiri bersama
Keadilan para pemimpin menaungi menjaga kebajikan rakyatnya
Kasih sayang para ulama memberi ilmu peribadinya menjadi contoh
Para pemudinya sangat pemalu
Pemuda jadi tenaga masyarakatnya
Yang tua berwibawa tempat rujukan
Peniaga bertoleransi mahu berlebih kurang
Yang kaya tidak sombong mahu jadi pembela
Yang miskin redha tak meminta seolah mereka juga kaya
Kasih sayang Tuhan pun datang sebagai rahmat buat kita
Apabila mereka yang miskin dimana-mana saja sering dibantu
Maksiat kemungkaran yang terang berkurang
pergaduhan perkelahian pun sudah tiada
Berjalan diwaktu bila pun tiada bahaya tiada rasa ketakutan
Kerana semuanya aman damai harmoni tenang menyenangkan
Inilah Masyarakat idaman
Baldatun toyyibatun warabbun ghafur
oh indahnya jika begini semua manusia mahukannya
oh indahnya jika begini semua bangsa impikannya
oh indahnya jika begini semua agama inginkannya
oh indahnya jika begini seluruh dunia perlukannya