Judul : Siti Khadijah
Album : 
Munsyid : In-Team
http://liriknasyid.com

Siti Khadijah  srikandi sejati

Kaulah lambang cinta sejati 
Srikandi pertama tika islam bermula 
Hatimu menyalakan keyakinan 
Hartamu membuktikan pengorbanan 

Rasul keseorangan engkaulah teman 
Dia tersisih engkau memilihnya 
Dia terbuang engkau menyayanginya 
Kerana iman kau sanggup berjuang 

O wo...
Siti Khadijah  namamu indah 
Qudwah hasanah tauladan ummah
Jikalau rasul terpinggir 
Engkaulah insan terhampir 

Siti Khadijah  mujahidah solehah 
Agung jasamu dipersada sejarah 
Pemergianmu ditangisi nabi 
Hingga kini tiada pengganti 

Sunyi jalan menuju Allah 
Menggamit hati mencari teman 
Indah jalan menuju allah 
Jika teman seperti Khadijah  
Masih ada lagi...

-----------------------------------------------
Dapatkan lirik/chord nasyid di http://liriknasyid.com
eXpresi PENYEGARAN diri 
-----------------------------------------------

