Oh Tuhan
Yang ku pinta keredhaan-Mu
Yang aku hendak keampunan-Mu
Yang aku mahu kemaafan dari-Mu
Yang aku hendak kasih sayang-Mu
Keredhaan-Mu lebih berharga dari isi dunia
Kemaafan-Mu lebih berharga dari emas sepenuh dunia
Kemaafan-Mu lebih bernilai daripada kekayaan harta
Kasih sayang-Mu tidak dapat hendak di nilai
Kerana itulah Tuhan
Keredhaan-Mu yang ku cari
Sekalipun aku terpaksa menderita
Keampunan-Mu lah yang ku pinta
Sekalipun aku tersiksa
Kemaafan-Mu lah yang ku pinta
Sekalipun aku terpaksa bersusah payah
Apalah ertinya hidup
Sekalipun kaya dan berkuasa
Kalau salah satu daripada
Yang disebutkan tadi tidak diperolehi
Dengan rahmat-Mu Tuhan
Apa yang ku pinta dikabulkan
Agar aku selamat di dunia dan Akhirat
Rahmat-Mu amat luas
Tidak ada sempadan
Anugerahkanlah kepadaku wahai Tuhan
Agar aku selamat...